Tuesday, November 2, 2010

Filled Under:

MILIKI TUHAN...




Marilah kawan-kawan mengagungkan ALLAH,
Melalui sembahyang, zikir, puasa dan Membaca Al-Quran,
ALLAH adalah segala-galanya,
Kerana segalanya adalah ciptaan ALLAH....

Kehilangan ALLAH,kehilangan segala-galanya,
Mendapat ALLAH, mendapat segala-galanya,
Marilah kita miliki ALLAH,
Agar segalanya kita miliki...

miliki ALLAH, miliki segala-galanya,
Kehilangan ALLAH tiada erti segala-galanya,
Kerana segalanya bila-bila masa akan diambil ALLAH,
Kehilangan segalanya tidak apa...

Jangan sampai kita kehilangan ALLAH,
segala yang kita miliki tiada gunanya,
miliki ALLAH, Dia kekal Abadi,
Penyelamat kita di dunia dan akhirat...

Segalanya selain ALLAH akan binasa,
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita,
Cintailah ALLAH dan agungkan-Nya,
syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya,
sabar atau redhalah di atas ujian-Nya,
Kerana ada hikmah dan pengajaran kepada kita...

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).