Monday, November 22, 2010

Filled Under:

CAHAYA IMAN..



Awalnya aku tidak percaya diri,
Dengan pakaian yang tertutup rapi,
Kawan-kawan berkata aku tidak trendy,

Wahai kawan yang bermimpi sanjungan,
Cantik bukan bererti buka-bukaan,
Cantik bukan bererti selalu berdandan,
Dan cantik bukan bererti puja-pujaan.

Kuhulurkan jilbabku hingga terasa damai dihati,
Kulonggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku,
Kulakukan semua itu demi cintaku pada Rabbi-ku,
Dan kuberbisik didalam hatiku,
'Semoga Engkau bahagia melihat diriku.'

Andai semua orang memahami,
Cantik bukanlah ukuran,
Tapi cantik hati memikat semua orang,
Dan yang utama berbudi-pekerti,
Seperti yang Rasul contohkan...

Aku ingin menjadi yang terbaik buat Rabbi-ku
Anak terbaik buat keluargaku,
Isteri yang setia buat sang suami,
Ibu contoh buat putera puteriku nanti....

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).