Tuesday, April 19, 2011

Filled Under:

"nk jd org jahat!! nk jd org jahat!!"


         Bahagia rasanya aku dengan kerja aku sekarang ni. Walaupun kerja cikai-cikai ja bak kata orang. Pengasuh + Guru Tadika + Guru Quran, alhamdulillah..aku dapat laksanakan dengan sempurna. Aku sendiri tak sangka aku boleh buat. Hahahaha...tak percaya,tak percaya(sambil geleng2). Banyak aku belajar.. yang paling penting macamana nak fahami emosi anak-anak, macamana nak menangi hati anak-anak. Aku berjaya! Tak larat jugak gelak dengan keletah mereka. Tapi ada 1 kejadian yang tak dapat aku lupakan! Jom kita ikuti cerita selanjutnya!!


        1 hari..... Dalam riuh rendah anak-anak didikku bermain, aku terdengar jeritan antara mereka, "nk jd org jahat!! nk jd org jahat!!" berebut-rebut nk jadi orang jahat. Main polis-polis agaknya kot. Sesaja ja aku menyampuk, "kalau jadi org jahat masuk......??". "Neraka!", pantas ja jawab budak-budak tu. "Pandai..", aku tersenyum sambil menyambung kerja didapur, menyiapkan makanan tengahari untuk mereka.. Tak sampai 5 minit, tiba-tiba riuh tadi dah hilang. Terus aku jenguk budak-budak tu, apa la yang budak-budak ni buat??? 

        2 orang dh tersungkur dalam keadaan sujud sambil menangis-nangis. Cuak aku dibuatnya. "la...napa pulak ni???". Membisu semuanya. Terus aku rangkul kedua-duanya. Aku belai mereka, sambil mengorek rahsia apa punca mereka menangis. "Najwa tak nak masuk neraka..." sambil teresak-esak, "Hasif pun.." tersentak aku dengan jawapan mereka. Aku ingatkan terjatuh atau bergaduh.. Oohhh... baru aku tau pertanyaan aku tadi membuatkan mereka berfikir.. seksaan neraka tu sangatlah menakutkan. Bukan sekadar menyebutnya dimulut tetapi takutnya azab ALLAH kepada penghuni neraka kelak. Nauzubillah.. 


       "Jadi orang baik takkan masuk neraka kan?? so... jangan la buat jahat.. dengar cakap mak ayah.. dengar cakap cikgu.. bila orang bagi nasihat,dengar... jangan mencuri atau ambil barang orang tanpa minta dulu pada tuannya.. jangan pukul orang..dll(aku cuba cari kesalahan2 yang mereka selalu buat) kalau mak ayah larang, jangan buat.. ada sebabnya yang dilarang tu.. kalau lawan jugak..." "Berdosa kan cikgu!" Jawab Abid Irsyad. "Good boy!" kalau berdosa baru la masuk..." "Neraka.."lemah saja Najwa menyambung ayatku yang sengaja tak dihabiskan. Aku cuba memberi kefahaman pada mereka dari segi impaknya. "Semua pandai!", sambil aku mencium seorang demi seorang sebelum menyambung kerjaku didapur tadi(budak2 tu beratur tunggu 'turn' nak kena cium dengan cikgu dia ni (^^) )

       Alhamdulillah... umur setahun jagung udah pandai berfikir.. taqwa pada ALLAH..  kita yang tua bangka ni.....hhmmmm....



tengah kusyuk tengok kisah teladan


najwa

coloring time!

kepala kawan pon dah jadi bantal peluk dia..(^^)

gaya tido pon dah macam tengah 'wrestling'


lunch time!

najwa & me =)

0 comments:

Post a Comment

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright @ 2013 wArDaTuL hAmRa' SiTe... (^^).